Monday, May 25, 2009

Majlis Silaturahim JIM Gombak

17 May 2009 : Majlis silaturrahim bersama ahli baru dan belum ahli telah di adakan di 4Sisters Shoppe. Majlis dimulakan dengan bacaan quran dan diteruskan dengan kata-kata aluan dan tazkirah oleh YDP JIM Gombak.  Perkongsian mengenai JIM dan JIM Gombak juga telah disampaikan oleh YDP. SUD tidak dapat hadir kerana ada kematian di dalam keluarga SUD di Perak. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada ahli yang menarik diri di saat-saat akhir.  Dua orang telah mengisi borang untuk menjadi ahli JIM. Majlis di akhiri dengan tasbih kifarah dan sesuatu yang semestinya ada...jamuan makan....

Sunday, May 10, 2009

Hi-Tea Jalinan Mesra bersama Wanita JIM Gombak

10 May 2009 : Bertempat di 4Sisters Shoppe, alhamdulillah, satu majlis Hi-tea bersama badan-badan pertubuhan wanita Islam di Gombak telah selesai diadakan. Tujuan Hi-Tea diadakan adalah untuk kenal mengenal antara satu sama lain, memulakan kerjasama yang lebih erat dan memperkenalkan JIM dan aktiviti WJG yang terdekat. Alhamdulilah kehadiran memberansangkan (2 wakil setiap pertubuhan). Wakil-wakil badan pertubuhan yang hadir adalah, HELWA ABIM, MUSLIMAT PAS, Nisa', PKR, WIRDA, HELIKS, PERKIM, HALUANITA ,MUSLEH dan Wanita UMNO.
Ketua Wanita JIM Gombak menyampaikan amanat yang menyentuh mengenai tujuan majlis diadakan, petikan "press conferance" Ketua Wanita JIM Pusat tentang hari wanita dan Palestine. Diikuti dengan "slide presentation" memperkenalkan JIM, Wanita JIM, barisan serta aktiviti WJG.
Kemudian KW wanita menyampaikan sedikit cenderamata kepada tetamu jemputan (bag JIM yang mengandungi brosur2 JIM, buku pelestine (terima kasih para penderma), buku "kutemui jalan pulang" - terima kasih RS). Bersempena Hari Ibu, sempat kami bergambar beramai-ramai dengan "homemade" kek hari ibu.
Usaha ini diharapkan akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kami. Semoga hati-hati yang hadir dapat memahami dan menghayati ayat-ayat yang diperdengarkan dipermulaan majlis, Ali Imran : 102 -108. Majlis disudahi dengan doa rabitah dan jamuan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada 4Sisters Shoppe yang mengizinkan kami menggunakan tempatnya untuk Hi-Tea ini (sambil menyelam minum air, sambil berHi-Tea sambil promosi, sebab tu kalau perasaan, jemputan membelakangkan baju-baju jualan, bukan apa takut kalau menghadap, "concentration" kelain pula!). Jutaan terima kasih kepada AJK Wanita JIM Gombak yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini (K.Suraya, K.Zuraida,Noor Habibah, K.Norzaini,K.Noriah,K.Ehsan,K. Che Zainun, Shuhaida, Nor Azlina, Nor Zalina) juga terima kasih kepada "VVIP" kami di Gombak K.Ros, K.Yus, K.Salina,K.Normi,K.Ton.K.Nab, tidak dilupakan chef Hanim dan ahli lain yang hadir. "Selamat Hari Ibu" kepada para ibu yang istimewa ini.

Kesemua yang hadir bergambar kenangan

Monday, May 4, 2009

Katibah akhawat

18 April 2009, bertempat di Taman Setia telah berlangsung katibah akhawat modul 03++. Penceramah jemputan adalah Ustazah Salahwahyu yang menyampaikan pengisian bertajuk Tajarrud. Ustazah memulakan tazkirah dengan soalan :
Sampai bila kita boleh bertahan?
Apa yang menyebabkan ‘mereka’ atau kita terus bertahan….
Mereka dan kita terus bertahan kerana adanya : CETAKAN HATI-HATI YANG IKHLAS (2:138)

Ustazah juga mengimbas serba sedikit mengenai rukun bai'ah sebelum menerangkan mengenai Tajarrud.
Ringkasannya: antara tanda sifat tajarrud adalah "Seseorang meletakkan DAKWAH sebagai neraca penimbang ke atas individu, jamaah dan setiap perkara serta menentukan pendiriannya terhadap semua itu berdasarkan mizan tersebut. (Nadzaraat fii risalah at taalim : ms 288)"

Ustazah akhiri tazkirah beliau dengan kata-kata berikut
"HANYA TARBIYYAH YG BENAR AKAN MENYEBABKAN :
1. anggotanya beramal dengan amalan yang ikhlas
2. anggotanya istiqamah kerana untuk istiqamah memerlukan keIKHLASan yang luarbiasa.
3. anggotanya tak kenal lelah kerana kejayaan kita bukan dinilai dengan gahnya dakwah atau umur dakwah."


Diakhiri tazkirah ustazah dengan lagu "Doa Rabitah".



Antara yang hadir