Monday, August 17, 2009

MAWD Gombak

Alhamdulillah, MAWD gombak telah selesai dilaksananakan pada 16 Ogos 2009 bertempat di 4Sisters Shoppe.

Wakil Wanita JIM Selangor, Ukhti Pn Wan Fauziah menyampaikan ucapan perasmian.
Tahun ini adalah tahun pemilihan, ukhthi Wan Fauziah mengingatkan tentang dengan berakhirnya 2009 bermakna kita telah berada dipertangahan Rancangan JIM ke 2. Jadi penilaian prestasi dan pemilihan ajkw perlu dibuat dengan baik untuk memastikan kejayaan separuh lagi penggal RJIM2.

Dibawah adalah hasil dari MAWD Gombak
KW : Pn Salina Awaludin
TKW: Pn Rozina Zafian (Pn Fida')
3 ajk : Pn Nor Azlina Ahmad Zainal Badri
Pn Norzaini Zakaria
Pn Siti Sarah Sufian



Pencalonan Barisan JK Wanita JIM Negeri Selangor, adalah seperti berikut;
KW: Dr. Roohaida Othman
TKW : Pn Wan Fauziah
3 AJK Biasa:
 1) Pn Nahdia
 2) Cik Khansa'
 3) Dr Radziah

Pencalonan Barisan JKPW JIM Sesi 2009-2011adalah seperti berikut :
KW: Che Asmah Ibrahim
TKW: Roslainy Abdul Rahman
SUK: Anfaal Saari
Bendahari K:Fairuzana Haneem Mohd Ali

3 AJK Biasa:
1.    Dr. Ruziatun
2.    Norsilawati Abdul Halim
3.    Faridah Maludin


Penyampaian cenderahati oleh KW JIM Gombak sesi 2009-2011 kepada mantan KW JIM Gombak.

Majlis bersurai kira-kira pukul 12.45 tengahari.  Di doakan semoga barisan ajkw yang baru akan terus melonjakkan aktivisma wanita JIM di daerah Gombak.

Wednesday, July 8, 2009

"Hak dipenuhi, Bahagia dikecapi"

Forum
Menangani Isu Wanita Islam

Tarikh
18 Julai 2009 (Sabtu)

Masa
8.30 pg - 1 ptg
 
Tempat
Dewan JKKK, Kg Nakhoda,
Selayang


Yuran
RM10

bersama ahli-ahli panel
Dr. Azizah Mohamad
Jabatan Undang-undang Islam
Kulliyah Undang-undang
Dr. Ahmad Ibrahim, UIA

En. Ahmad bin Daud
Peguambela, Peguamcara,
Peguam syar'ie

Puan Ezura Nasuha binti Omar@ Abd. hadi
Peguambela, Peguamcara,
Peguam Syar'ie

Anjuran bersama
Wanita JIM Gombak    ADUN Batu Caves


Tuesday, June 2, 2009

Aktiviti Aulad JG

30 Mei 2009: Program Aulad sempena cuti sekolah.

















Sesi taaruf bersama K.Sakinah



Kusyuk dengar Dr Di bagi ceramah tentang pemakanan sihat


Aktiviti "sign language" bersama K.Nabila dan K.Sakinah


"Dah dengar talkkan pasal makanan sihatkan? Hari ni kita buat
sandwich sendiri, ikut resepi yang diberikan" arahan dari Pn Pengarah.

Sementara menunggu giliran untuk "acara kemuncak", anak-anak diminta
menggunakan kreativiti masing-masing untuk siapkan kad buat
rakan-rakan di hospital. (Tak terambil gambar)



Acara yang dinanti-nantikan penuh kesabaran :-) Splash..splash!!!


Aksi terjunan bebas....


Hadiah buat pemenang kad kreatif. Setelah selesai makan tengahari
majlis bersurai. Semoga berjumpa lagi di program yang seterusnya.

Monday, May 25, 2009

Majlis Silaturahim JIM Gombak

17 May 2009 : Majlis silaturrahim bersama ahli baru dan belum ahli telah di adakan di 4Sisters Shoppe. Majlis dimulakan dengan bacaan quran dan diteruskan dengan kata-kata aluan dan tazkirah oleh YDP JIM Gombak.  Perkongsian mengenai JIM dan JIM Gombak juga telah disampaikan oleh YDP. SUD tidak dapat hadir kerana ada kematian di dalam keluarga SUD di Perak. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada ahli yang menarik diri di saat-saat akhir.  Dua orang telah mengisi borang untuk menjadi ahli JIM. Majlis di akhiri dengan tasbih kifarah dan sesuatu yang semestinya ada...jamuan makan....

Sunday, May 10, 2009

Hi-Tea Jalinan Mesra bersama Wanita JIM Gombak

10 May 2009 : Bertempat di 4Sisters Shoppe, alhamdulillah, satu majlis Hi-tea bersama badan-badan pertubuhan wanita Islam di Gombak telah selesai diadakan. Tujuan Hi-Tea diadakan adalah untuk kenal mengenal antara satu sama lain, memulakan kerjasama yang lebih erat dan memperkenalkan JIM dan aktiviti WJG yang terdekat. Alhamdulilah kehadiran memberansangkan (2 wakil setiap pertubuhan). Wakil-wakil badan pertubuhan yang hadir adalah, HELWA ABIM, MUSLIMAT PAS, Nisa', PKR, WIRDA, HELIKS, PERKIM, HALUANITA ,MUSLEH dan Wanita UMNO.
Ketua Wanita JIM Gombak menyampaikan amanat yang menyentuh mengenai tujuan majlis diadakan, petikan "press conferance" Ketua Wanita JIM Pusat tentang hari wanita dan Palestine. Diikuti dengan "slide presentation" memperkenalkan JIM, Wanita JIM, barisan serta aktiviti WJG.
Kemudian KW wanita menyampaikan sedikit cenderamata kepada tetamu jemputan (bag JIM yang mengandungi brosur2 JIM, buku pelestine (terima kasih para penderma), buku "kutemui jalan pulang" - terima kasih RS). Bersempena Hari Ibu, sempat kami bergambar beramai-ramai dengan "homemade" kek hari ibu.
Usaha ini diharapkan akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kami. Semoga hati-hati yang hadir dapat memahami dan menghayati ayat-ayat yang diperdengarkan dipermulaan majlis, Ali Imran : 102 -108. Majlis disudahi dengan doa rabitah dan jamuan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada 4Sisters Shoppe yang mengizinkan kami menggunakan tempatnya untuk Hi-Tea ini (sambil menyelam minum air, sambil berHi-Tea sambil promosi, sebab tu kalau perasaan, jemputan membelakangkan baju-baju jualan, bukan apa takut kalau menghadap, "concentration" kelain pula!). Jutaan terima kasih kepada AJK Wanita JIM Gombak yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini (K.Suraya, K.Zuraida,Noor Habibah, K.Norzaini,K.Noriah,K.Ehsan,K. Che Zainun, Shuhaida, Nor Azlina, Nor Zalina) juga terima kasih kepada "VVIP" kami di Gombak K.Ros, K.Yus, K.Salina,K.Normi,K.Ton.K.Nab, tidak dilupakan chef Hanim dan ahli lain yang hadir. "Selamat Hari Ibu" kepada para ibu yang istimewa ini.

Kesemua yang hadir bergambar kenangan

Monday, May 4, 2009

Katibah akhawat

18 April 2009, bertempat di Taman Setia telah berlangsung katibah akhawat modul 03++. Penceramah jemputan adalah Ustazah Salahwahyu yang menyampaikan pengisian bertajuk Tajarrud. Ustazah memulakan tazkirah dengan soalan :
Sampai bila kita boleh bertahan?
Apa yang menyebabkan ‘mereka’ atau kita terus bertahan….
Mereka dan kita terus bertahan kerana adanya : CETAKAN HATI-HATI YANG IKHLAS (2:138)

Ustazah juga mengimbas serba sedikit mengenai rukun bai'ah sebelum menerangkan mengenai Tajarrud.
Ringkasannya: antara tanda sifat tajarrud adalah "Seseorang meletakkan DAKWAH sebagai neraca penimbang ke atas individu, jamaah dan setiap perkara serta menentukan pendiriannya terhadap semua itu berdasarkan mizan tersebut. (Nadzaraat fii risalah at taalim : ms 288)"

Ustazah akhiri tazkirah beliau dengan kata-kata berikut
"HANYA TARBIYYAH YG BENAR AKAN MENYEBABKAN :
1. anggotanya beramal dengan amalan yang ikhlas
2. anggotanya istiqamah kerana untuk istiqamah memerlukan keIKHLASan yang luarbiasa.
3. anggotanya tak kenal lelah kerana kejayaan kita bukan dinilai dengan gahnya dakwah atau umur dakwah."


Diakhiri tazkirah ustazah dengan lagu "Doa Rabitah".



Antara yang hadir



Saturday, April 18, 2009

Program Aulad



29 Mac : Alhamdulillah program Kelab Aulad JIM Gombak telah selamat di adakan bertempat di Kuaters Guru Sg Pusu. Kehadiran ~100 (aulad), tapi ada yang seawal 3 tahun ke 6 tahun menjadikan jumlahnya hampir 150. Pening kepala penaja nak bagi hadiah kerana “jajan” yang disediakan hanyalah 126! Alhamduillah, ada pensil2 dapat gak bagikan untuk tahun 6, walaupun mereka nak “jajan” tapi nak buat cam no, dah habis!! Ada yang nangis tak dapat hadiah..alahai… keluar lambat dan lepas tahu dapat hadiah baru nak keluar…. Memanglah tak dapat hadiah. Tapi Alhamdulillah, puan pengarah menyediakan pensil2 yang memang banyak membantu.

Oh ya..yang ramai-ramai tu, anak2 ahli JIM hanya beberapa orang sahaja. Program yang sepatutnya berakhir 11.30, dilanjutkan hingga ke ~12.45tgh. Siap minum pagi dan makan tengahari, sponsored dari pihak surau kuaters.Alhamdulillah.

Ada yang bertanya “K.Farah bila nak datang lagi?”. ”nanti...ada program datang la..” ”bila?” ”tahun depan!” ”Tahun depan, bila k.Farah?” !!! Terima kasih buat K.Farah and the family (Anak2 K.Tim dan K.Tim), Maisarah and geng kerana membantu menjayakan program aulad kali ini. Tak lupa juga buat ajkw dan ajkd yang membantu.

Ada juga yang bertanya ”cikgu, peraduan mewarna tak ada?” Kali ni tak ada, mungkin lain kali?” ”Bila cikgu?” Alamak!!.... susah cikgu nak jawab!!

Remaja pun ada yang ikut serta, bila ditanya ”Nanti kalau ada program remaja nak join?

”Boleh...boleh...” jawabnya.Hmm......